DUNGUN: Kerajaan Terengganu akan mewartakan kawasan di sekitar perairan Pulau Tenggol sebagai taman negeri bagi memelihara serta memulihara spesies batu karang dan hidupan marin di kawasan tersebut.
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil berkata kajian sedang dibuat bagi memperluas proses pewartaan dari bahagian daratan ke perairan Pulau Tenggol yang menjadi tumpuan penyelam skuba dari dalam dan luar negeri.
"Kita dah wartakan kawasan daratan Pulau Tenggol pada 2 Feb lalu tetapi saya fikir kita perlu buat kajian semula untuk mewartakan kawasan perairan bagi menjaga batu karang dan hidupan marin di sini.
"Ada 19 lokasi terumbu karang yang sangat cantik di Pulau Tenggol dan ia perlu dipelihara daripada sebarang aktiviti yang merosakkan kerana ada segelintir penyelam skuba yang datang tidak begitu beretika," katanya pada program Tenggol Beach and Underwater Clean Up di Pulau Tenggol, semalam.
Turut hadir pada program disertai lebih 100 sukarelawan termasuk badan bukan kerajaan (NGO) itu, Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTNT) Tengku Mohd Ariffin Tengku A. Rahman.
Tengku Farok Hussin berkata selain perairan Pulau Tenggol, kerajaan negeri juga sedang dalam proses mewartakan beberapa lokasi lain termasuk Pulau Rhu di Besut yang memiliki kepelbagaian flora serta fauna yang unik dan istimewa.
Beliau berkata usaha tersebut sedang di peringkat libat urus dan dijangka dapat direalisasikan pada pertengahan tahun hadapan.
"Kita ada beberapa lokasi di pulau, Tasik Kenyir dan Setiu Wetland... yang di Pulau Rhu, kita akan wartakan kerana di situ terdapat kelawar daripada spesies yang terancam.
"Proses ini (pewartaan) kena buat satu-satu kerana melibatkan masa dan kos yang banyak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2023
Keindahan Pulau Tenggol yabg terletak di daerah Dungun. - Foto Sinar Harian
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Kawasan perairan Pulau Tenggol bakal diwarta
Kajian sedang dibuat bagi memperluas proses pewartaan dari bahagian daratan ke perairan Pulau Tenggol.
Pekerja resort hilang: Mangsa mungkin hanyut akibat bot rosak
Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abdul Rashid berkata, pihaknya juga tidak menemui sebarang petunjuk yang boleh mengaitkan bot terbabit karam.
Tiga pekerja resort di Pulau Tenggol dikhuatiri hilang di laut
Dalam kejadian itu, ketiga-tiga mangsa dipercayai dalam perjalanan menuju ke pulau tersebut untuk mengambil pelancong yang menginap di Tenggol Island Resort itu.
Tragedi bot karam Pulau Tenggol: Seorang pemancing maut, tiga lagi terselamat
Seorang pemancing maut manakala tiga lagi rakannya selamat selepas bot yang yang dinaiki mereka karam perairan Pulau Tenggol, Dungun.
Mayat reput di Pulau Tenggol dipercayai dibunuh sebelum disumbat dalam kotak polisterin
Katanya, hasil laporan bedah siasat juga mendapati terdapat kesan tetakan pada rusuk kiri, kanan dan belakang badan mangsa.